KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS & TAKAFUL?
KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS & TAKAFUL?
Jika anda rasa RUGI ambil insurans, tapi anda LAGI RUGI kalau tak ada insurans. Sekiranya anda tidak
membuat sumbangan hari ini, satu hari nanti anda pasti menyumbang dalam jumlah
yang besar kepada hospital.
PEPATAH LAMA YANG SUDAH BERTUKAR – harimau mati meninggalkan belang tapi manusia mati meninggalkan HUTANG.
ATAU
Anda Sudah Mempunyai Perlindungan Dari Syarikat Anda Bekerja! Dan Hanya Mungkin Berminat Selepas
Bersara (Umur 60 tahun).
Tahukah Anda Insurans Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja.
Sudah Ada Diabetis @ Darah Tinggi Segalanya Mungkin
Sudah Terlewat.
Adakah Anda Boleh MEMBERI JAMINAN Anda Tiada Penyakit Apabila
Menjelang Umur 50-an. Sanggupkah Anda Menggunakan WANG EPF @ KWSP ANDA Untuk
Membayar Bil Hospital???
Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan
Beri, Tapi Kalau Doktor Anda Minta RM50,000 Adakah Anda
Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?
Kebiasaanya
apabila anda mendengar mengenai insuran, anda akan membayangkan ianya
hanya berkaitan dengan pampasan dan wang bayaran premium bulanan yang anda
bayar setiap bulan akan hangus begitu sahaja. Di PruBSN Takaful,
manafaatnya lebih dari itu.
PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL &
INSURANS
Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah.
Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi pesert-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntuan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul, sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful.
Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans. Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan Syariah.
Apa yang
membezakannya ialah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak. Ulama’ telah
sepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi
kemungkina bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak Syariah melalui
takaful.


No comments:
Post a Comment